Tentang Kami



Lokasi Sekolah


SJK(T) LADANG SENGKANG


Di tubuhkan pada 1960. seramai 105  pelajar  sedang menimba ilmu di sini. 11 orang guru yang bededikasi sedang berkhidmat di sini. Guru besarnya ialah Puan. V. Shanti seorang yang berdedikasi, bertolerensasi dan berdaya kreatif. Beliau sedang berkhidmat di sekolah ini selama 1  tahun. Dengan kehadiran beliau , sekolah ini telah mencapai pelbagai perubahan dari segi pembangunan, dan juga pembelajaran.

Sebuah bilik computer telah di tubuhkan dan dirasmikan pada 27.4.2002 oleh Yang Berhormat menteri besar kita. Dari segi pencapaian kurikulum pula, peratus UPSR pada tahun ini telah meningkat. Seramai dua orang pelajar  telah mendapat 6 A dan 1 B. pencapaian ini merupakan pencapaian yang bagus di mana lima selepas lima tahun baru mendapat pencapaian sebegini.

Sekolah  ini bertambah ceria selepas beliau mencadangkan beberapa aktiviti seperti mengecat bilik darjah,  menanam pokok bunga dan menceriakan kawasan sekolah. Bantuan dan kerjasama daripada semua guru juga menyokong dalam peningkatan pencapaian sekolah dari segi kurikulum mahupun ko- kurikulum. Semoga SJK(T) LADANG SENGKANG terus maju dalam semua bidang yang diceburi. 




VISI
SJK(T) LADANG SENGKANG SEKOLAH UNGGUL PENJANA GENARASI TERBILANG.
MISI
SJK(T) LADANG SENGKANG MEMBANGUN POTENSI INDIVIDU MELALUI PENDIDIKAN BERKUALITI
    PIAGAM PELANGGAN    
Kami warga SJK(T) LADANG SENGKANG  akan memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada:-
Murid :
         Memberi pendidikan cemerlang dan seimbang kepada setiap murid sepanjang persekolahan.
         Memastikan semua murid yang layak mendapat bantuan  akan menerima hak mereka.
         Memastikan semua murid Tahun 3 hingga 6 mendapat peluang menyertai kegiatan kokurikulum sekurang-kurangnya satu persatuan, satu kelab beruniform dan satu aktiviti sukan permainan
Guru dan kakitangan :
         Setiap guru dan kakitangan sekolah menerima latihan dalaman dalam bidang masing-masing sekurang-kurangnya dua kali setahun
         Sebarang masalah/kesulitan yang dihadapi oleh setiap guru dan kakitangan akan diambil tindakan segera, pada hari itu juga.
Waris:
          Setiap waris murid yang berurusan dengan sekolah akan dilayan secara adil
          Setiap aduan akan disiasat dan maklum balas akan diberi tidak lebih dari 3 hari bekerja.
          Setiap cadangan/usul yang baik dan munasabah akan dibincang dalam mesyuarat AJK PIBG
Stake holder :
          Memastikan setiap arahan dan maklumat yang diperlukan olehi PPD / JPN / KPM mendapat tindakan sehari selepas surat/arahan diterima.